Tahun Baharu Cina | 134 guru di Johor, akhirnya dapat pulang kampung

2023-01-21 0

Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan penerbangan sewa khas ke Sibu, Sarawak bagi memudahkan 134 guru yang bertugas di Johor untuk pulang ke kampung halaman meraikan Tahun Baharu Cina.

Inisiatif itu diambil selepas tiket penerbangan habis terjual sempena musim perayaan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkongsikan kegembiraan guru, yang akhirnya dapat pulang ke kampung masing-masing.